Tempat Simpan Duit Raya Anak
Baru-baru ini kita menyambut hari raya, jadi ibu bapa mula risau dekat mana nak simpan duit raya yang anak mereka dapat. Faktor usia yang masih muda antara faktor yang ibu bapa perlu simpan duit raya tersebut dan diserahkan apabila mereka sudah besar nanti.
Tempat Simpan Duit Raya Anak.
Maka lepas raya macam ni, aku nak kongsikan bagaimana korang boleh simpan duit raya anak korang tu dengan selamat dan dalam keadaan baik.
1. Bank simpanan.
Ini merupakan perkara pertama korang bila dapat duit banyak kan. terus nak masukkan duit dalam bank simpanan. tapi korang tahu, bank simpanan ada dua jenis?
Akaun simpanan dan juga Fized deposit.
Dalam bahasa mudahnya, kalau korang simpan dalam akaun simpanan, kadar interest nya sedikit berbanding korang simpan sebagai fixed deposit.
Yang kedua, keburukannya pula adalah fixed deposit tu korang tak boleh keluar bila-bila masa tetapi akaun simpanan korang boleh keluar bila-bila masa korang nak.
jadi fikirkanlah yang mana sesuai untuk simpan duit raya tu yer.
2. Pelaburan.
Patutkah guna duit raya untuk pelaburan. Bagi aku jangan guna semua, letak sikit sebab ia boleh meningkat dan akan beri kelebihan kepada anak kita di masa hadapan nanti.
Dekat mana nak labur duit anak kita ni?
Korang boleh labur duit raya tu dekat Amanah Saham Bumiputera (ASB). Korang boleh bayar serendah RM 10 untuk melabur dengan mereka.
Jadi korang boleh tahu kemana duit itu akan pergi.
3. Tabung Haji.
Antara kegemaran ibu bapa dari dulu sampai sekarang adalah simpan duit raya anak dalam tabung haji. cara ini sangat sesuai dan sangat mudah.
Anda hanya perlu masukkan duit itu ke akaun anak anda dan selesai. Isu zakat simpanan pula tidak perlu risau. ia dibayar secara terus oleh pihak tabung haji.
4. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
Skim ini aku baru dapat info ia dapat membantu kita mengumpul duit seperti tabung haji juga tetapi ia digunakan untuk pendidikan anak-anak kita.
Akhir sekali, ini antara cadangan dari aku untuk memudahkan korang simpan duit raya anak korang tu. taklah simpan bawah bantal atau masuk dalam tabung dirumah jer kan.
Nanti dimakan anai-anai dah hilang duit tukan.
selamat mencuba!
Post a Comment