Ini Baru Bermula - Syameer Kutty
Salah satu pemain utama yang membawa skuad negara ke Piala Asia adalah Syameer Kutty Abba. Dia bermain baik sebagai tonggak tengah pasukan berjaya mengawal bahagian tengah dengan sempurna.
Dia juga digelarkan pemain yang ada dua jantung apabila tidak malas dan rajin turun naik untuk menyerang dan juga bertahan.
Ini Baru Bermula - Syameer Kutty
Ketika ditemubual, syamer berkata
"Ini sebuah permulaan, kita kena bersedia dan bekerja lebih keras, tetapi ini adalah langkah terbaik untuk bola sepak negara berhadapan dengan lawan lebih kuat.
"Saya sangat seronok, nak ucapkan terima kasih kepada penyokong sepanjang tiga perlawanan ini," katanya yang dianggap antara pemain paling rajin di atas padang sepanjang kempen kelayakan.
"Kami sangat gembira dapat bina sejarah ini, lagipun saya masih ada perjalanan panjang untuk cuba bermain dengan pelbagai cara dan ini pengalaman yang baik.
"Pasukan ini sedang meningkat, corak sedang berubah untuk mendominasi setiap perlawanan menerusi gaya permainan berintensiti tinggi," kata pemain berasal dari Pulau Pinang itu.
Semoga persiapan harimau malaya ke Asia tidak terjejas oleh orang luar mahupun tangan ghaib yang ada dalam industri bola sepak tanah air.
Post a Comment