Jordan Mintah Milik KL City secara pinjaman
Jordan Mintah Milik KL City secara pinjaman. Semalam, pihakpengurusan terengganu fc mendapat kata sepakat untuk melepaskan pemain penting mereka iaitu Jordan Mintah kepada pasukan KL City. Keputusan itu dibuat dengan menyaksikan Mintah akan berkelana di Kuala Lumpur sehingga tempoh pinjamannya tamat.
Jordan Mintah Milik KL City secara pinjaman
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, kelab memutuskan untuk melepaskan Mintah kepada skuad The City Boys secara pinjaman sehingga tamat musim ini.
Katanya, proses rundingan antara pihaknya dan KL City FC berjalan lancar selepas satu persetujuan dicapai hari ini bagi membenarkan perpindahan pemain itu.
"Bagaimanapun antara syarat yang dipersetujui adalah KL City FC tidak boleh menurunkan pemain itu untuk aksi bertemu TFC atau TFC II sepanjang tempoh pinjaman sehingga 30 November ini.
"Mintah seterusnya akan kembali ke pangkuan TFC bagi memenuhi perjanjian kontraknya yang akan tamat pada hujung 2023," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Adakah Mintah akan bermain dalam AFC Cup bermula jumaat ini? sama-sama kita nantikan.
Post a Comment