Mintah Belum Jadi Milik KL City
Mintah Belum Jadi Milik KL City. Sejak minggu lepas nama jordan mintah iaitu pemain import Terengganu FC II ini menjadi sebutan kerana difahamkan dia bakal dipinjamkan ke skuad KL City. Namun perkara tersebut dinafikan oleh pengurusan Terengganu FC.
Mintah Belum Jadi Milik KL City
Pihak pengurusan berkata, memang ada permohonan dari terengganu fc tetapi masih diperingkat rundingan sahaja dan masih belum diputuskan.
"Memang pihak pengurusan KL City FC berminat mendapatkan Mintah, tapi kita belum lagi membuat keputusan kerana banyak aspek perlu diperhalusi.
"Setiap permohonan akan dibawa dalam jawatankuasa teknikal kemudian baharu kita meletakkan terma dan syarat untuk rundingan bersama pemain.
"Sekiranya kata sepakat diperolehi, proses seterusnya pula akan dibuat dan jika kelab berkenaan setuju dengan terma dan syarat diberi, baharulah pemain terbabit boleh didaftarkan.
"Jadi berkaitan Mintah yang dikhabarkan akan menyarung jersi skuad The City Boys, ianya dalam peringkat rundingan secara lebih lanjut sebelum jendela kedua ditutup pada Jumaat ini," katanya ketika dihubungi.
Post a Comment