Puteri Sarah Saman
Puteri Sarah Saman pihak yang menggangu kehidupannya. Puteri sarah liyana hari ini memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama
Puteri Sarah Saman
Dalam sidang media ringkas yang berlangsung hari ini, Puteri sarah berkata
"Selepas saya pulang dari menunaikan umrah Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya nak buat dan membulatkan tekad.
"Jadi sebelum saya menunaikan umrah saya sudah memberikan segala maklumat kepada peguam dan sepanjang tempoh sebulan di luar negara mereka sudah siapkan dan mengkaji semuanya. Selepas saya balik umrah, terus kami membuat perbincangan dan mengambil tindakan saman," katanya.
"Isu ini tidak akan berlarutan kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar. Sebelum ini saya ada kongsi di Instagram terdapat pihak yang mencabar saya dengan menyatakan bila saya nak menyaman dan meminta peguam saya untuk membuat tindakan segera. Jadi kami sudah failkan dua saman," katanya.
"Sebelum membuat keputusan ini, saya berfikir panjang mengenai apa yang akan berlaku kepada saya, perkahwinan dan keluarga. Namun, saya buat semua ini untuk diri saya dan keluarga. Sampai bila saya nak kena pijak macam ini? Malah ramai juga wanita yang teraniaya yang menghantar mesej peribadi bertanyakan nasihat. Sekarang saya sudah bukakan jalan kepada mereka dan insya-Allah selepas ini siapa yang mahu 'menyondol' itu, mungkin lebih berhati-hati.
"Saya buat semua ini demi memperjuangkan perkahwinan dan hak saya. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam. Jangan ambil orang punya, kemudian nak canang sana-sini selepas itu kacau keluarga dan orang sekeliling," katanya.
Kita doakan perkara ini selesai secepat mungkin dan berharap ada jalan penyelesaian yang terbaik bagi kedua-dua pihak.
Ingat ya! jangan rampas laki orang !!
Post a Comment