Beregu Badminton negara kalahkan pemenang emas Olimpik
Beregu Badminton negara kalahkan pemenang emas Olimpik. Semalam telah berlangsung aksi final terbuka Chinese Taipei yang berstatus super 300. Dalam aksi final tersebut, wakil negara iaitu Man Wei Chong-Tee Kai Wun menentang juara olimpik, Lee Yang- Wang Chi-lin.
Beregu Badminton negara kalahkan pemenang emas Olimpik
Lebih manis lagi apabila mereka berjaya mengalahkan juara olimpik itu dengan pertarungan 3 set iaitu 21-18. 11-21dan 21-18 selama 54 minit sahaja.
Pada januarii yang lepas, beregu negara ini juga merangkul kejuaraan pertama mereka dalam Cabaran Antarabangsa Syed Modi yang berlangsung di India.
Kedua-dua pemain negara itu mempamerkan aksi konsisten seawal pusingan pertama di kejohanan bertaraf Super 300 itu apabila memenangi kesemua perlawanan dengan straight set.
Dalam pada itu, wakil negara kita yang lain semuanya pakat terkandas awal dan gagal layak ke pusingan akhir taipei open 2022.
Kejayaan beregu ini sedikit sebanyak mengubat rindu peminat badminton negara dengan kemenangan piala. Semoga berjaya untuk pasangan beregu ini ya..
Post a Comment