Header Ads

Hanya Dua Kelab Masih ada Tunggakan Gaji dalam Liga Malaysia.

Setiap tahun isu tunggakan gaji pemain akan menjadi isu utama dalam liga bola sepak Malaysia dari liga bawah sehinggalah liga utama.

Cumanya, untuk tahun ini, kadar tunggakan gaji berjaya dikurangkan berbanding musim-musim terdahulu ia berikutan pemantauan ketat pihak MFL terhadapa pasukan-pasukan yang bertanding..

 

Hanya Dua Kelab Masih ada Tunggakan Gaji dalam Liga Malaysia.


Hanya Dua Kelab Masih ada Tunggakan Gaji dalam Liga Malaysia.


Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata tunggakan RM20 juta kini ia dapat dikurangkan kepada RM4 juta sahaja.


"Masalah gaji ini memang ada tapi tak semua pasukan, hanya dua pasukan saja yang ada masalah.

"Oleh sebab itu, kita di peringkat perlesenan sendiri menekankan dengan begitu teliti yang mana kita akan memeriksa setiap minggu tentang status kelab-kelab ini," katanya.


"Tetapi kalau kita lihat pun, ia bukan gagal bayar gaji sebaliknya lambat bayar sahaja. Banyak perubahan yang berlaku sejak FAM dan MFL membuat penstrukturan dari FA kepada FC," katanya.

Tapi presiden MFL itu tidak mendedahkan pasukan mana yang menghadapi masalah kewangan yang meruncing seterusnya mengganggu proses pembayaran gaji pemain.

No comments

Powered by Blogger.