Hukum Cedok Cedok Dalam Islam
Apa tu Cedok Cedok ni? betul ker perkara ini tengah viral di tik tok dan ramai yang dah terjebak dalam perkara ini. Adakah dia halal atau apa hukum perbuatan tersebut dari sudut islam.
Hukum Cedok Cedok Dalam Islam
Ramai sangat yang sudah terjebak dengan permainan ini yang mula menular dalam aplikasi online iaitu Tik Tok. Katanya bayar sekian harga dan tunggu pemilik buat cedokkan ketika sesi live streaming. Hasil cedokan akan dihantar kepada pembayar duit tersebut.
Menurut page muamalat.my, hukum cedok cedok ini dilihat menyerupai perbuatan yang dilarang oleh rasulullah S.A.W.
Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas.
Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.
Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah.
Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.
Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.
Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.
Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.
Cedoh-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.
Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten.
Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula2 je.. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram.
والله أعلم
Ahmad Sufyan Che Abdullah
Selain itu, PU amin turut berkongsi dan menegur perbuatan tersebut.
@ustazamirulamin Inshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.
♬ Emotional Islamic Music - Arslan Chaudhry
Itulah sekadar perkongsian mengenai hukum cedok cedok yang telah viral sekarang ini. Hati-hati sebelum membuat pembelian takut kita tanggung dosa pula nanti.
Sekian.
Post a Comment