Mayat Wanita Disambar Buaya di Temui.
Berita mengenai yang disambar buaya sejak semalam menjadi bualan masyarakat. Terkini, Mayat Wanita Disambar Buaya itu di Temui. Kejadian tersebut melibatkan mangsa bernama Norsila Sayong yang berusia 32 tahun di Kampung Tanjung Bulat.
Mayat Wanita Disambar Buaya di Temui.
Mayat berkenaan ditemui oleh penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 6.35 pagi tadi. Mangsa dikatakan cuba menyelamatkan ibunya dari disambar buaya ketika memancing semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata,
"Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemui tubuh mangsa dalam keadaan kurang lengkap.
"Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, " katanya ketika dihubungi, hari ini.
sumber : Harian Metro.
Post a Comment