Pelancong India Maut, 5 Lagi Cedera
Perak, Malaysia. Dilaporkan sebentar tadi mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah van yang telah berlaku di Kilometer 178.8 di Lebuhraya Utara Selatan menuju ke selatan semalam.
Kemalangan ini telah meragut satu nyawa seorang pelancong warga negara india dan 5 lagi mangsa hanya cedera termasuk pemandu kenderaan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kenderaan atau van yang dipandu adalah berjenis van Toyota Hiace didapati mengalami masalah tayar bocor dan kemudian hilang kawalan yang menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.
Mereka sebenarnya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan.
"Seorang wanita berusia 74 tahun dikenali sebagai Noorjahan Mohamed Yacoob disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Selain itu, lima lagi mangsa mengalami kecederaan parah termasuk pemandu manakala empat lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala lima yang cedera dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, semua mangsa yang cedera berusia antara 30 hingga 63 tahun dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Post a Comment