Viral! Kisah Sebenar, Kasih seorang bapa saudara
Viral! Kisah Sebenar, Kasih seorang bapa saudara. Sejak semalam, tular gambar yang menyaksikan seorang pak cik tua berlari mendapatkan seorang lelaki yang difahamkan itu adalah anak saudaranya yang pengsan ketika kawad pada majlis Majlis Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Sempena Sambutan Jubli Emas ke-50 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Malaysia.
Viral! Kasih seorang bapa saudara
Warganet ternyata terharu dengan tindakan pak cik ini dan mengimbau kenangan bersama bapa mereka masing-masing.
Sebenarnya kisah yang berlaku adalah bapa saudara kepada pemuda itu pada mulanya dilihat berlari hingga terlucut selipar untuk membantu anak saudaranya yang terhoyong-hayang ketika perbarisan.
Pemuda itu pada mulanya mampu berdiri tegak selepas dipeluk bapa saudaranya namun pengsan tidak lama selepas itu.
Bagaimanapun dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan mendapat rawatan segera. Pemuda terbabit dikenali sebagai nik mohd adhar.
"Beliau merupakan anak yatim piatu sejak sekolah lagi."
--
apa-apa pun kasih seorang bapa memang tak dapat dinafikan dan hak mereka juga perlu dihargai.
Post a Comment