WHO isytihar wabak cacar monyet sebagai Amaran kesihatan awam
WHO isytihar wabak cacar monyet sebagai Amaran kesihatan awam. baru-baru ini timbul satu penyakit baru di eropah iaitu dikenali sebagai cacar monyet atau Monkey Pox. Pada peringkat awal ia tidak terlalu bahaya dan kini menurut Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dia telah mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global, amaran tahap tertingginya.
WHO isytihar wabak cacar monyet sebagai Amaran kesihatan awam
"Saya sudah memutuskan bahawa penularan cacar monyet global melambangkan darurat kesihatan global yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa.
"Ketika itu, 3,040 kes cacar monyet dilaporkan kepada WHO dari 47 negara.
"Sejak itu, penularan terbabit sudah merebak dan kini terdapat lebih 16,000 kes dilaporkan dari 75 negara serta wilayah dan lima kematian," tulis Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus di Twitter.
Fakta dan data dari Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) dikeluarkan pada Jumaat yang lalu menunjukkan cacar monyet sudah menjangkiti lebih 16,800 orang di 74 negara.
98 peratus pesakit adalah terdiri daripada lelaki gay dan biseksual. manakala 1/3 lagi adalah mereka yang mengamalkan seks bebas.
Post a Comment