JDT Mengamuk Belasah KL City
JDT Mengamuk Belasah KL City. Tatkala tummpuan diberikan kepada pengendali baru JDT dalam perlawanan pertamanya di Johor, Hector Bidoglio tidak punya masalah untuk membawa pasukan tersebut mengalahkan KL City di stadium Sultan Ibrahim malam semalam.
JDT Mengamuk Belasah KL City
Gol pertama JDT terhasil apabila Forestieri dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Giancarlo. Pengadil memberikan sepakan penalti dan sepakan tersebut diambil oleh Bergson.
Pada minit ke 25, Bergson sekali lagi menjadi wira JDT apabila menjaringkan gol kedua mereka selepas menerima hantaran cantik dari Corbin. Kedudukan kekal 2-0 pada separuh masa pertama.
bersambung separuh masa kedua, JDT sekali lagi diberi penalti dan kali ini kerana arif aiman di jatuhkan dalam kotak penalti. tugasan mengambil penalti diberikan kepada velazquez dan dia menyempurnakannya dengan baik.
Gol keempat pula muncul hasil gerakan menarik di antara forestieri dan velazquez dan gol terhasil adalah milik forestieri.
Safawai rashid menjadi pemain tempatan tunggal yang menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut apabila menjaringkan gol pada minit ke 84. Keputusan akhir, JDT 5-0 KL City.
Post a Comment