Kerajaan Bayar RM32.5 Juta Untuk Siaran Piala Dunia 2022
Kerajaan Bayar RM32.5 Juta Untuk Siaran Piala Dunia 2022. Kejohanan bola sepak terbesar dunia akan bermula pada hujung tahun ini. Pasti ramai rakyat Malaysia tak sabar menanti sepak mula kejohanan tersebut.
Kerajaan Bayar RM32.5 Juta Untuk Siaran Piala Dunia 2022
Lebih menggembirakan lagi apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa siaran langsung perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 bakal disiarkan secara percuma di Malaysia.
Tayangan tersebut akan ditayangkan di saluran RTM sebagai penyiar rasmi bagi acara tersebut.
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh menteri berkenaan selepas melancarkan program Menjelang Sepak Mula Piala Dunia 2022 di Qatar.
--
Pengumuman ini sedikit sebanyak dapat melegakan hati peminat bola sepak di Malaysia selepas pelbagai isu yang berlaku di tanah air. Dengan tayangan secara percuma ini sudah pasti dapat meringankan beban rakyat membayar untuk saluran yang berbayar.
Jangan lupa terus menyokong RTM tau!
Post a Comment