Langsung Perbicaraan Rayuan Terakhir DS Najib Razak
Langsung Perbicaraan Rayuan Terakhir DS Najib Razak. Sedang berlangsung perbicaraan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Menurut Bharian.com, Najib dan pasukan peguamnya daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) dan Tetuan Hisyam Teh, dilaporkan bakal mengemukakan kekhilafan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi serta tindakan pendakwaan yang menafikan hak mengikut Perlembagaan Persekutuan, yang dianggap menyebabkan ketidakadilan serius apabila bekas Perdana Menteri itu mendakwa gagal mendapatkan perbicaraan adil dan saksama.
Berdepan peluang terakhir mempertahankan diri, perkara itu akan dibentangkan Najib melalui peguamnya, bersandarkan 94 alasan mengapa beliau harus dibebaskan daripada tujuh tuduhan menyeleweng dana SRC.
Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 10 hari, mulai hari ini untuk mendengar rayuan terakhir Ahli Parlimen Pekan itu
PANEL HAKIM
1. Tun Tengku Maimun Tuan Mat (Ketua Hakim Negara)
2. Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim (Hakim Besar Sabah dan Sarawak)
3. Datuk Nallini Pathmanathan (Hakim Mahkamah Persekutuan)
4. Datuk Mary Lim Thiam Suan (Hakim Mahkamah Persekutuan)
5. Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (Hakim Mahkamah Persekutuan)
PASUKAN PENDAKWAAN
1. Dato’ V Sithambaram (Timbalan Pendakwa Raya Kanan adhoc)
2. Donald Joseph Franklin (Timbalan Pendakwa Raya)
3. Sulaiman Kho Kheng Fuei (Timbalan Pendakwa Raya)
4. Mohd. Ashrof Adrin Kamarul (Timbalan Pendakwa Raya)
5. Manjira Vasudevan (Timbalan Pendakwa Raya)
BARISAN PEMBELAAN
1. Hisyam Teh Poh Teik
2. Datuk Zaid Ibrahim
3. Liew Teck Huat
4. Rueben Mathiavaranam
5. Hannah Kam Zhen Yi
Post a Comment