Header Ads

Nasi itik Sungai Ara

Nasi itik Sungai Ara. Isu yang tengah viral sekarang ini iaitu dua individu yang membawa perkakas makanan ke gerai milik bukan islam tular di facebook. Betul ke dia ambil dari kedai bukan Islam dan jual kepada orang Islam.

Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain berkata, beliau sudah bertemu dengan dua individu iaitu peniaga gerai terbabit kira-kira jam 12 tengah hari semalam bagi meminta penjelasan sebenar.

Nasi itik Sungai Ara


Nasi itik Sungai Ara

"Dua individu terbabit menyatakan tujuan mereka ke premis yang terletak di Paya Terubong itu adalah untuk mencuci perkakas perniagaan yang digunakan.


"Bila saya jumpa mereka dan tunjuk video yang menunjukkan beberapa barang seperti bekas makanan dihantar ke sebuah kedai makan bukan Islam di Paya Terubong dan mereka tidak menafikan perkara itu dan kata hantar untuk basuh barang niaga sahaja.


"Bila saya tanya makanan masak di mana mereka jawab di sebuah premis di Persiaran Gurney. Masak di Gurney, jual di Sungai Ara tetapi hantar barang untuk dibasuh di Paya Terubong bukankah tidak masuk akal?", katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


"Perniagaan mereka memang viral (tular) dan ramai orang beratur untuk beli makanan di situ dan kalau mereka rasa tidak bersalah sewajarnya buat laporan polis dan pertahankan perniagaan.

"Sebaliknya mereka umum tutup perniagaan secara rasmi dan perkara ini menimbulkan persoalan kepada orang ramai," katanya.

sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/871916/peniaga-nasi-ayam-dakwa-hanya-hantar-basuh-barang-perniagaan

--

KEMASKINI 17 OGOS 2022

Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Mohd Hanif Omar @ Wahab, berkata pemeriksaan pihaknya di satu lagi cawangan gerai itu di pusat membeli belah di Persiaran Gurney di sini, juga tidak memiliki SPHM.

Katanya, gerai di Sungai Ara tidak dibuka dan cawangannya di Persiaran Gurney beroperasi.


Hasil siasatan JHEAIPP bersama Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mendapati makanan dimasak di cawangan Persiaran Gurney turut dibawa untuk dijual di gerai Sungai Ara, katanya dalam kenyataan, malam ini.


"Pemilik gerai di Sungai Ara dan cawangan di Persiaran Gurney hanya menghantar makanan yang tidak habis dijual ke restoran Paya Terubong untuk diberi makan kepada anjing peliharaan pemilik premis berkenaan dan membasuh bekas-bekas serta peralatan makanan di sana," katanya.

--

Sekarang ini, Kita tunggu penjelasan rasmi dari pemilik kedai berkenaan ya.


No comments

Powered by Blogger.