Negeri Sembilan Kalah, Gagal Kekalkan Rekod Tanpa Kalah Mereka
Negeri Sembilan Kalah, Gagal Kekalkan Rekod Tanpa Kalah Mereka/ Mimpi ngeri buat penyokong bola sepak negeri sembilan apabila mereka berkampung di stadium Kuala Lumpur ketika perlawanan menentang dengan KL City semalam.
Negeri Sembilan Kalah, Gagal Kekalkan Rekod Tanpa Kalah Mereka
Mengharapkan kemenangan, tetapi lain pula jadinya. Tapi itulah bola sepak. Gol pertama KL City oleh Paulo Josue sudah cukup menambah derita pasukan Negeri Sembilan itu.
Josue menjaringkan gol pada minit ke 44 sebelum waktu rehat pertama. Selepas itu babak kedua, KL City dan NS FC tidak putus asa, masing-masing saling memburu gol tambahan.
Menuju 10 minit terakhir menyaksikan skuad kendalian K Devan terus menekan tuan rumah tetapi benteng KL City cukup ampuh untuk mengekang segala serangan bagi mengakhiri perlawanan dengan kemenangan tipis 1-0.
Dalam perlawanan lain, Penang FC terus kalah apabila terkandas 3-2 kepada pasukan sri pahang dalam perlawanan di stadium bandaraya.
Post a Comment