Punca Letupan Kecil di Pavilion KL
Punca Letupan Kecil di Pavilion KL. Video yang tular di sosial media mengenai detik-detik mencemaskan yang berlaku di Pavilion Kuala Lumpur semalam.
Punca Letupan Kecil di Pavilion KL
Rata-rata netizen terkejut dengan kejadian yang berlaku di pusat membeli belah ternama di ibu kota itu. Namun, punca sebenar sudah diketahui.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata,
"Kami sudah menghubungi pihak pengurusan bangunan pusat beli-belah itu dan dimaklumkan bahawa kejadian letupan itu membabitkan pendawaian dipercayai akibat litar pintas.
"Kejadian kira-kira 6 petang itu berjaya dikendalikan oleh pihak pengurusan bangunan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, ketika dihubungi, di sini, hari ini, mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
Post a Comment