Selangor Gagal Balas Dendam Terhadap Terengganu..
Selangor Gagal Balas Dendam Terhadap Terengganu.. Sebelum perlawanan, pasukan dari lembah klang itu mahu membalas dendam kekalahan mereka kepada Skuad penyu dalam aksi piala fa 2022 yang lalu.
Namun, sebaliknya pula yang berlaku apabila terengganu lebih mudah menjaringkan gol untuk memenangai perlawanan ini.
Selangor Gagal Balas Dendam Terhadap Terengganu..
Pasukan bimbingan Nidzam jamil ini hadir dengan jurulatih baru selepas memecat jurulatih dari jerman yang membawa pasukan itu sebelum ini.
2 percubaan dari Mukhairi ajmal yang berdepan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol gagal disempurnakannya dengan baik sehingga ia mengakibatkan pasukan selangor kehilangan mata.
Terengganu mendapat gol awal menerusi pemain Habib Haroon pada minit yang ke 14. focus pemain selangor agak lari selepas itu dan pada minit ke 39, Terengganu menghukum mereka.
Gerakan cantik faisal berjaya memperdayakan pemain selangor seterusnya membuat umpanan lintang dan di sambut oleh Manuel ott untuk gol kedua pasukan terengganu.
Bersambung babak kedua, selangor nampak bernafsu namun ia tidak cukup kuat untuk menghasilkan sebarang gol. Keputusan akhir, terengganu 2-0 selangor.
Post a Comment