Header Ads

Sepatutnya JDT Main 10 Orang- Pengadil FIFA

Sepatutnya JDT Main 10 Orang- Pengadil FIFA. Siapa tidak kenal dengan nama pengadil yang mempunyai level FIFA dari Malaysia ini iaitu Subkhiddin Salleh. Beliau menganggap, pasukan JDT sepatutnya bermain dengan 10 pemain sahaja ketika menentang terengganu semalam.


Sepatutnya JDT Main 10 Orang- Pengadil FIFA


Sepatutnya JDT Main 10 Orang- Pengadil FIFA

Subkhiddin berkata, terjahan keras Hong Wang yang merupakan pemain JDT ke atas Syafiq Ismail pada minit ke 75 sepatutnya berkesudahan pemain itu mendapat kad merah. tetapi ia hanya mendapat kad kuning sahaja.


"Blue-6 (Hong Wan) berlari dari satu jarak dan melakukan aksi sliding tackle pada kelajuan tinggi.

"Blue-6 gagal mengawal badannya yang terus 'menggelongsor' dan menyebabkan 'force' berterusan di point of contact lawannya.

"Kaki Blue-6 lurus dan penggunaan stud adalah jelas semasa tackle dilakukan. Saya berpendapat Blue-6 bersalah untuk kesalahan serious foul play dan kad merah sepatutnya diberikan," katanya di laman Twitter miliknya.


"Untuk itu kita perlu melihat kepada beberapa pertimbangan. (Pertama) tahap kelajuan dan intensiti semasa melakukan cabaran.


"(Kedua) di udara, di tanah atau tidak ada kesempatan untuk mengawal badan. (Ketiga), adakah cabaran melibatkan penggunaan 'stud' semasa ianya dilakukan?


"(Keempat), 'point of contact' dan adakah 'force' berterusan. (Kelima), adakah cabaran tersebut membahayakan keselamatan lawannya?," katanya.


No comments

Powered by Blogger.