Header Ads

Sinopsis Drama Tok Guru

Drama sempena kemerdekaan, Sinopsis Drama Tok Guru ini dibintangi oleh pelakon utamanya Nasir Bilal Khan, Kamarool Yusoff, Nik Ramli, Wafariena Roslan dan Johan As'ari.

Drama 13 episod ini menceritakan mengenai perjuangan para Tok Guru alim ulama dalam mencapai kemerdekaan Tanah Melayu menentang Malayan Union. 


Sinopsis Drama Tok Guru


Sinopsis Drama Tok Guru

Mengisahkan bagaimana seorang Tok Guru berusaha menyatupadukan Tok Tok Guru pondok dan penduduk Kampung yang berselisih faham akibat perbezaan pendapat untuk berjuang melawan Malayan Union.

Info Drama Tok guru.

Drama ini akan mula ditayangkan pada 31 ogos 2022 di saluran TV2. Drama ini akan bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 1.30 pm hingga 2.30 pm. 

Ia juga merupakan pengarah Dato' Jurey Latiff Rosli dan skripnya ditulis oleh Zabidi Muhamed

PELAKON DRAMA TOK GURU

  • Nasir Bilal Khan
  • Kamarool Yusoff
  • Nik Ramli
  • Wafariena Roslan
  • Johan As'ari
  • Lan Shiro
  • Z Zamree
  • Hilal Azman
  • Ismail Yaacob
  • Saiful Wazien
  • Shyrim
  • Geoff Andre Feyaerts
  • Fathul Faiz

FAKTA MENARIK DRAMA TOK GURU


1. Bakal dilancarkan Isnin ini 22/8 oleh CEO FINAS dan akan mula bersiaran di tv2 pada 31 Ogos sempena sambutan Kemerdekaan negara.

2. Pengarahnya adalah Dato’ Jurey Rosli dan diterbitkan dengan pembiayaan sepenuhnya dari Dana Kandungan Digital (DKD) FINAS.

3. Lokasi asal penggambaran sepatutnya di Kelantan tapi kerana ketika itu Kelantan berada dalam zone merah PKP maka ditukar lokasinya ke Lenggong Perak. Saya terpaksa buat sedikit rombakan pada skrip asal.

4. Namun bila masuk PKP 2.0 pada Syawal 2021 tertangguh penggambaran selama empat bulan.

5. Saya percaya dengan izin Allah disebalik cabaran PKP Pengarahnya telah lakukan yang terbaik untuk mengangkat drama ini dengan sebaik mungkin.

6. Kerana ianya diterbitkan dengan duit DKD FINAS maka jadi tanggungjawab saya dan Pengarahnya buat sehabis baik untuk drama 13 episod ini.

7. Sinopsis: Tiga Tok Guru berselisih faham berkait perkara furuk. Anak murid yang ada kepentingan peribadi jadi batu api.

8. Berlatar belakangkan era Malayan Union tahun 1946.

8. Ada watak Ahmad Boestamam, Za’aba dan Dr Burhanuddin al Helmi saya ujudkan dalam konflik penceritaan drama ini.

Terima kasih FINAS.

tulisan : Zabidi Mohamed

Sebenarnya jarang drama yang mengetengahkan mengenai tok guru dalam perjalanan kemerdekaan tanah air kita ini. Satu tindakan berani dari Finas.

Tak sabar nak tengok drama 13 episod ini. jangan lupa tengok tau.


No comments

Powered by Blogger.