Header Ads

Stadium Bukit Jalil Lokasi Final Piala FA 2022

Stadium Bukit Jalil Lokasi Final Piala FA 2022. Akhirnya setelah perbincangan yang lama, MFL mengumumkan tarikh perlawanan akhir piala fa adalah pada 10 september 2022 ini dan perlawanan bermula jam 9 malam.

Stadium Bukit Jalil Lokasi Final Piala FA 2022

Stadium Bukit Jalil Lokasi Final Piala FA 2022

Selain itu, MFL juga membuat pengumuman mengenai venue perlawanan tersebut. Stadium Bukit jalil di pilih menjadi lokasi perlawanan akhir tersebut. Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh MFL

STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL DIPILIH SEBAGAI VENUE PERLAWANAN PIALA FA 2022

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2022 di antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 September ini jam 9.00 malam.

Ini susulan
permohonan MFL untuk menggunakan SNBJ mendapat kelulusan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini selepas MFL serta pihak pengurusan TFC dan JDT telah membuat pemeriksaan teliti mengenai keadaan padang stadium itu bagi final edisi ke-32 Piala FA.

Sebelum ini, PSM mengumumkan penutupan SNBJ bagi sebarang aktiviti bola sepak bagi kerja-kerja penyelenggaraan termasuk baik pulih padang dan MFL amat berterima kasih atas kerjasama pihak PSM yang meluluskan permohonan untuk SNBJ digunakan sebagai gelanggang final Piala FA tahun ini.

Dalam membuat pemilihan venue ini, MFL telah melalui proses yang panjang untuk menilai kemungkinan beberapa pilihan venue untuk penganjuran Perlawanan Akhir Piala FA 2022.

Bukan hanya faktor padang dijadikan keutamaan tetapi juga elemen-elemen yang amat penting seperti kemudahan dan perlindungan untuk penyokong kedua-dua pasukan, akses kepada perkhidmatan awam, ruang yang luas di sekeliling stadium yang akan membolehkan operasi keselamatan untuk puluhan ribu peminat yang akan berada di stadium, sokongan dan bantuan pihak berkuasa tempatan juga diambil kira. 

No comments

Powered by Blogger.