Header Ads

Telefilem 7 Netizen

Telefilem SERAM, 7 Netizen ini akan ditayangkan semula pada 5 Ogos 2022 ini di saluran astro citra dan yang membintangi cerita iani adalah Nafiz Muaz, Mimi lana dan yusuf bahrin. 

Ia akan ditayangkan semula pada 19 Ogos 2023 ini di saluran astro citra juga tau. kalau korang terlepas tu boleh tonton 7 netizen ini semula ya.


Telefilem 7 Netizen




Telefilem 7 Netizen


Cerita ini mengisahkan tentang 7 orang yang diburu oleh pengikut misteri. siapakah followers misteri ni kenapa sampai 7 orang tu. Tapi klu mereka ini adalah Haters ! atau dalam bahasa drama adalah penulis komen tak elok atau kaki kecam.


Dapatkah mereka melarikan diri dan melepaskan diri daripada haters tersebut? Tapi siapakah pula pembunuh itu?


Kalau nak tahu, kenalah tonton sampai habis cerita ni.


Info

Kali pertama 7 netizen ini ditayangkan adalah pada hari sabtu 9 November 2019 yang lalu tetapi ia akan ditayangkan semula pada 5 atau 6 ogos 2022 ini. Saluran tayangan masih sama iaitu di Astro Citra.

Cerita ini juga diarahkan oleh Jamal Khan dan merupakan idea asal kepada syafiq dan shadila. Penulis skripnya pula adalah Siti Jasmina Ibrahim.

Antara pelakon yang terlibat adalah Nafiz Muaz, Mimi Lana, Yusuf Bahrin, Kak Girl, Azri Sabri, Aepul Roza, Bunga, Mat Over, Nelissa Nizam


Review penonton 7 Netizen.


Kalau korang perasan dalam telefilem ini, ada banyak kekurangan dari segi sinematic dan juga latar perfileman itu sendiri. Tapi aku nak puji yang mana karya ini sangat lain daripada lain. Produksi dan pengarah mempunyai idea yang sangat bernas membawa elemen netizen dalam cerita ni.


Aku yakin ramai pengarah tak akan gunakan element tersebut tetapi karya jamal khan ini sangat baik dan menarik. ditambah pula pelakon yang dipilih oleh mereka memberikan kualiti yang terbaik menjadikan jalan cerita dia pun makin menarik.


Jujur aku cakap banyak elemn suspen yang membuatkan aku yakin 7 netizen ini boleh pergi jauh jika ditayangkan semula. jadi kalau korang belum tonton, kenalah tonton di saluran astro citra.


Selamat menonton.

No comments

Powered by Blogger.