Header Ads

Zii Jia Mampu Jadi Juara Dunia - Rashid Sidek

Zii Jia Mampu Jadi Juara Dunia - Rashid Sidek. Menjelang pembukaan kejohanan World Championship BWF 2022 yang akan berlangsung di Jepun pada hari isnin ini. Sudah pasti harapan menggunung akan diletakkan pada bahu pemain badminton negara iaitu Lee Zii Jia untuk menaikkan nama malaysia.

Zii Jia Mampu Jadi Juara Dunia - Rashid Sidek




Zii Jia Mampu Jadi Juara Dunia - Rashid Sidek

Bagi Datuk Rashid Sidek pula, dia menjangkakan beberapa pemin mampu menjadi juara dunia. Antaranya adalah Viktor Axelsen, Zii Jia, Rashid turut menyenaraikan tiga lagi pemain iaitu Anthony Sinikusa Ginting (Indonesia), Lakshya Sen (India) dan Chou Tien Chen (Taiwan).


"Bagi saya, Axelsen adalah pilihan utama kerana saya lihat dia yang paling konsisten dalam kejohanan disertai sepanjang tahun ini. Jadi, peluang dia adalah lebih tinggi berbanding pemain lain namun tetap bergantung kepada persiapannya bagi menghadapi Kejohanan Dunia kali ini.



"Untuk Zii Jia pula, ini adalah masa yang terbaik untuk dia buktikan kemampuan sebenar dirinya selepas dikritik sebelum ini. Saya percaya kritikan yang dilemparkan turut menjadi motivasi terbaik untuk dia menutup mulut pengkritik.


"Lagipun, dia memang sudah katakan sebelum ini yang dia fokus kepada Kejohanan Dunia dan sudah pasti persiapannya juga lebih berkualiti.


"Namun, bagi saya sekiranya bukan rezeki Zii Jia kali ini, tiada apa yang perlu dikesalkan selagi mana dia mempamerkan semangat juang yang tinggi dan saya percaya peminat juga boleh menerimanya.


"Kita juga tidak boleh pandang mudah terhadap potensi yang dimiliki Ginting, Lakshya Sen dan Tien Chen. Masing-masing ada kelebihan dan yang paling penting semuanya memburu kejuaraan dunia pertama mereka sekali gus menjadi pembakar semangat buat mereka," katanya.

sumber berita harian.


--

Bagi admin, Lee zii jia sudah tidak punya alasan lagi. Jika dia gagal untuk memenangi gelaran dunia yang dia mahukan ini, BAM perlu memikirkan pengganti yang sesuai untuk kejohanan selepas ini.


No comments

Powered by Blogger.