Daniel Minta Maaf, Dapat Tahu Kena Ganti Nabil Last Minute
Daniel Minta Maaf. ramai gila kecam daniel semalam selepas dia menggantikan Nabil Ahmad untuk mengacara gegar vaganza 9 minggu kedua semalam. Ramai juga yang tak tahu yang Daniel sebenarnya merupakan pengacara GV Live+ sebelum ini dan GV bukanlah asing dengan Daniel pun.
Daniel Minta Maaf
Dengan rasa bersalah, daniel memohon maaf dan menjelaskan kenapa dia menggantikan Nabil Ahmad dan dia juga berkata dia dapat tahu pun 4 jam sebelum live malam itu.
“Mungkin ada yang tak tahu apa berlaku di belakang tabir. Nabil tak ada minggu ini sebab ada event lain dan saya pula memang setiap minggu saya ada GV Live +. Saya dapat tahu jadi bidan terjun pun empat jam sebelum show.
“Saya dapat call daripada produksi dalam pukul 3 atau 4 macam itu, mereka kata urgent kena ganti. Ada cari host lain, tapi mereka tak available. Jadi, saya ambil tanggungjawab tu. Kalau tolak, saya tetap kena datang buat GV Live +.
“Saya tak ada reheasal apa-apa di pentas, cari baju pun last minute. Saya dapat skrip dalam dua jam sebelum naik pentas. Saya terus jumpa Kak Lina untuk baca skrip,” katanya ketika dihubungi Gempak.
“Siapa saja ganti, mesti akan kena banding dengan Nabil yang dah lama kendali GV. Apatah lagi saya yang baru, masih jagung dalam bidang pengacara. Saya faham dan hadap benda ini sebagai anak seni.
“Apa-apa pun, saya tetap bangga dapat peluang jadi host GV. Saya minta maaf kepada peminat GV. Ada yang kata saya rosakkan program dan anggap saya host paling teruk… tapi saya reda dan terima.
“Minta maaf saya tahu ada kekurangan menjadi pengacara malam ini. Pengajaran untuk saya, dan tetap akan terus belajar. Saya hanya melakukan kerja untuk mencari nafkah,” ujarnya.
Post a Comment