" Nak jaga hati (pemain), saya dan jurulatih boleh gilirkan pemain tetapi "- TMJ
" Nak jaga hati (pemain), saya dan jurulatih boleh gilirkan pemain tetapi "- TMJ Ini antara respond TMJ menjelaskan kenapa pemain-pemain di JDT perlu bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan itu.
"Kita ada ramai pemain dan keputusan (memilih) pemain terletak di tangan jurulatih, siapa yang mereka mahu gilirkan. Kita pun kena tanya juga agenda dan inisiatif pasukan, mahukan keputusan yang positif ataupun menjaga hati orang.
"Nak jaga hati (pemain), saya dan jurulatih boleh gilirkan pemain tetapi saya tidak boleh jamin keputusan yang baik. Setiap perlawanan ada senario berbeza dan penilaian akan dilakukan jurulatih untuk memutuskan siapa yang akan diturunkan dan siapa akan digilirkan pada masa akan datang.
"Persaingan di JDT sangat kompetitif kerana kita ada pasukan yang besar dan semua pemain adalah pemain hebat. Keputusan berat perlu diambil kerana keutamaan kami untuk mendapatkan keputusan positif buat kelab.
"(JDT) bukan kelab komunis atau kelab kebajikan kerana kita berikan pemain yang berada pada tahap terbaik untuk bermain. Semua pemain nak main dan sebagai manusia, tentu ada yang kecil hati tetapi mereka harus terima hakikat.
"Pemain tahu tanggungjawab mereka dan mainkan peranan sebagai pemain bola sepak profesional. Tetapi mereka kena faham, JDT bermain dalam pelbagai pertandingan," katanya dalam satu sesi temubual bersama penyokong, kelmarin.
"Bukan mereka tidak main langsung, ada yang masuk pada separuh masa kedua tetapi mungkin mereka tidak bermain sebanyak pemain yang kerap diturunkan.
"Penggiliran dibuat kerana kita ada 50 perlawanan dalam setahun dan perlawanan akan bertambah pada musim depan dengan format baharu. Jadi semua pemain akan mendapat peluang bermain.
"Contohnya bagi kempen Liga Juara Juara Asia (ACL), hampir 90 peratus pemain kita termasuk pemain simpanan turut bermain dalam kempen itu," katanya.
Post a Comment