Header Ads

Pemain Melaka United Beraksi Dengan Pasukan Lain Dalam Piala Malaysia- PFAM

Pemain Melaka United Beraksi Dengan Pasukan Lain Dalam Piala Malaysia- PFAM. Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia hari ini meminta pertimbangan dari MFL dan FAM bagi membenarkan pemain melaka united beraksi bersama dengan pasukan lain dalam Piala Malaysia 2022 nanti.

Pemain Melaka United Beraksi Dengan Pasukan Lain Dalam Piala Malaysia- PFAM


Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia

Menurut Persatuan itu berkata;


"Sehingga hari ini, pemain Melaka belum menerima bayaran tunggakan gaji sepenuhnya daripada pihak MUFC. PFAM amat kesal terhadap situasi sedang menimpa pemain.


"Pada masa sama, PFAM mencadangkan agar pelepasan khas diberikan kepada pemain Melaka yang terkesan akibat isu tunggakan gaji untuk mewakili mana-mana pasukan yang layak menyertai Piala Malaysia 2022. Namun perkara ini tertakluk kepada budi bicara MFL," katanya.


"Bagi pihak PFAM, laporan sudah dihantar secara rasmi ke FAM bagi tujuan perbicaraan.


"Perbicaraan ini akan dilangsungkan di Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan (NDRC) mengikut waktu yang ditetapkan FAM.


"Bagaimanapun, PFAM menggesa agar suatu tarikh perbicaraan dapat disegerakan oleh NDRC bagi tujuan pembelaan terhadap pemain dapat dilakukan secepat yang mungkin.


"Proses perbicaraan perlu dilaksanakan dalam waktu terdekat agar suatu keputusan rasmi oleh FAM dapat dikeluarkan untuk menangani masalah ini," katanya.

No comments

Powered by Blogger.