Header Ads

PJ City Comeback Ikat JDT

PJ City Comeback Ikat JDT. Perlawanan yang sangat baik berlangsung semalam dalam aksi ke 18 liga super untuk kedua-dua pasukan. Petaling Jaya City menerima kunjungan juara bertahan liga super , JDT di tempat sendiri dalam misi mengekang pasukan tersebut.


PJ City Comeback Ikat JDT


PJ City Comeback Ikat JDT

Diseparuh masa pertama, kedua-dua pasukan bermain baik di mana JDT bermain baik dalam menyerang tetapi tidak buntu mencari gol. Manakala PJ City pula bijak dan kemas dalam bertahan.

Bersambung babak kedua barulah terhasil 4 gol untuk kedua-dua pasukan. Gol pertama dijaringkan oleh JDT pada minit ke 46 menerusi sepakan penalti sahaja. Kemudian P Maniam memasukkan Kogi dan ruventhiran bagi menambah sengat serangan PJ City.

Hasilnya mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke 73 menerusi Darren Lok. Jdt kemudiannya memasukkan akhyar rashid dan sumareh dan hasilnya akhyar menjaringkkan gol untuk JDT pada minit ke 85.

Ketika JDT sudah seronok nak dapat 3 mata menuju minit akhir perlawanan, pasukan PJ City berjaya mendapatkan gol penyamaan pada masa kecederaan menerusi gol yang dijaringkan oleh Kogi. Keputusan akhir, PJ City 2-2 JDT.

Sementara itu, pasukan Melaka united mengikat KL City tanpa jaringan di staidum hang jebat, melaka.

No comments

Powered by Blogger.