Header Ads

Presiden FAM Beri Amaran Kepada Bojan Hodak

Presiden FAM Beri Amaran Kepada Bojan Hodak. isunya adalah apabila pengendali KL City itu membuat komentar tidak sepatutnya kepada jurulatih negara Kim Pan Gon. Ia susulan daripada kem pusat baru-baru ini yang menyaksikan dua pemain KL City hanya bermain 10 minit bersama skuad kebangsaan.


Presiden FAM Beri Amaran Kepada Bojan Hodak


Presiden FAM Beri Amaran Kepada Bojan Hodak

Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati Hodak kerana lebih baik pemainnya bermain di dalam liga super sahaja daripada di panggil tetapi tidak digunakan.

Hamidin berkata;

"Bojan Hodak pernah jadi jurulatih bawah 20, dia patut tahu apa peraturan dan sudah tentu 25 pemain yang dipanggil pasukan nasional, bukan semua dimainkan.


"Tetapi kita sudah buat latihan dan mungkin ada satu dua pemain yang belum sempat beraksi dan ini adalah normal," katanya ketika hadir ke upacara Pecah Tanah Seriemas Sporsplex, di Kota Seriemas, di sini, hari ini.


"Sebagai jurulatih dia patut tahu. Ingatan saya kepada Bojan Hodak supaya cukup untuk bagi komen setakat ini," katanya.


No comments

Powered by Blogger.