Ratu Elizabeth II Mangkat
Ratu Elizabeth II Mangkat. Berita yang mengejutkan pagi ini apabila Istana Buckingham telah mengumumkan kemangkatan raja paling lama berkhidmat iaitu ratu elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun.
Ratu Elizabeth II Mangkat
Istana Buckingham mengumumkan kemangkatannya dalam satu kenyataan ringkas, dan menetapkan 10 hari untuk berkabung serta penghormatan terhadap pemerintahannya yang memecahkan rekod.
Dua hari lalu, Ratu Elizabeth II melantik Liz Truss sebagai perdana menteri ke-15 dalam pemerintahannya dan dilihat tersenyum dalam gambar tetapi kelihatan lemah dan menggunakan tongkat.
Satu gambar pertemuan itu mencetuskan kebimbangan apabila terdapat kesan lebam ungu pekat di tangan kanan Ratu Elizabeth II.
"Ratu meninggal dunia secara aman di Balmoral petang ini," kata Istana Buckingham dalam satu kenyataan pada jam 6.30 petang.
"Raja dan Permaisuri akan kekal di Balmoral petang ini dan akan kembali ke London esok."
Anak sulung daripada empat anaknya, Charles iaitu Putera Wales, yang berusia 73 tahun adalah pewaris tertua dalam sejarah British, menjadi raja serta-merta.
Pada Khamis, doktor menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan Ratu Elizabeth II dan mengesyorkan beliau diletakkan di bawah pengawasan pasukan perubatan.
Semua anaknya – Charles, Puteri Anne, 72, Putera Andrew, 62, dan Putera Edward, 58, bergegas ke untuk berada di sisi Ratu Elizabeth II di Balmoral, Scotland.
Mereka turut disertai oleh anak lelaki Charles, Putera William dan Putera Harry.
Suaminya, Putera Philip, mangkat tahun lalu pada usia 99 tahun.
Post a Comment