Header Ads

FAM dan MFL Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Rusuhan Malang, Indonesia

FAM dan MFL Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Rusuhan Malang, Indonesia. Tragedi yang mengejutkan dunia bola sepak dunia semalam dan hari ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pasukan-pasukan dari negara jiran termasuklah Malaysia. Bukan mudah untuk mengawal penyokong bola sepak yang terlalu fanatik ini.


FAM dan MFL Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Rusuhan Malang, Indonesia


FAM dalam satu kenyataan hari ini berkata; 

Salam Takziah

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi rusuhan penonton selepas perlawanan Liga 1 Indonesia di antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia, malam tadi.

PSSI

AREMA FC 

Persebaya 1927 Surabaya 

#FAM #HarimauMalaya

Sementara itu, MFL juga memuat naik ucapan takziah mereka kepada keluarga mangsa dalam satu post pagi tadi berbunyi;

" Malaysian Football League (MFL) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terkorban dalam tragedi pasca perlawanan Arema-Persebaya di Malang, Indonesia malam tadi."

--

Salam takziah buat keluarga mangsa yang terkorban dan tercedera. Kita harap budaya seperti ini tidak berlaku di Malaysia kerana ia sangat menyukarkan hidup kita dan orang lain. ingatlah, Nyawa lebih besar nilainya dari bola sepak.



No comments

Powered by Blogger.