JDT Belasah Kedah 4-1
Selepas ketinggalan, JDT tetap mampu menjaringkan gol untuk memenangi perlawanan dengan Kedah fc di stadium Sultan Ibrahim, Johor semalam. JDT menang dengan jaringan 4-1. Ini juga menyaksikan pasukan Kedah kalah 4 kali berturut-turut dalam liga super ini. Apa sudah jadi dengan anak buath Aidil Shahrin ini?
JDT Belasah Kedah 4-1
Pasukan Hector Bidoglio di kejutkan dengan jaringan cantik dari Ngah Wanja seminit sebelum rehat masa pertama memberi kelebihan kepada pasukan Lawan seketika. Namun JDT bangkit pada separuh masa kedua perlawanan.
Hasilnya, JDT mendapat penalti pada minit ke 49. Bergson tidak teragak-agak untuk menjaringkan gol tersebut. Kemudian JDT mendapat gol kedua menerusi pemain syafiq ahmad pada minit ke 62. Dan kemudian Syafiq juga berjaya mendapatkan gol ketiga JDT pada minit ke 68.
Bergson menutup malam sempurna JDT menjaringkan gol keempat pada minit ke 88 perlawanan. Keputusan akhir, JDT 4-1 Kedah.
Post a Comment