Header Ads

JDT Mahu Ulang Pencapaian Tahun 2016

Tahun 2016, Pasukan JDT Mencipta Sejarah apabila mereka mengangkat Piala Liga Super tahun itu tanpa sebarang kekalahan. Pada tahun 2022 ini juga JDT mampu mengulangi pencapaian itu jika mereka menewaskan Sabah dalam aksi terakhir liga super pada hari Sabtu ini. Jika mereka tewas, maka rekod tersebut tidak dapat diulang semula.


JDT Mahu Ulang Pencapaian Tahun 2016


JDT Mahu Ulang Pencapaian Tahun 2016

"Sabah adalah pasukan hebat dalam saingan liga apabila berada di kelompok lima pasukan terbaik dan mereka pasti idamkan kemenangan kerana memburu slot ke saingan Piala AFC tapi kami juga mahukan kemenangan uhtuk menamatkan saingan tanpa kekalahan.


"Apapun, kami tetap berwaspada dengan taktikal yang akan ditampilkan pasukan lawan kerana mereka memiliki barisan pemain yang berkualiti dan mampu beri ancaman seandainya kami bersikap sambil lewa dalam perlawanan itu nanti.


"Apa yang boleh saya katakan, kita akan cuba sebaik mungkin bagi mencatat kemenangan pada aksi terakhir itu nanti dan saya menuntut kesebelasan utama yang akan diturunkan mempamerkan aksi terbaik seperti yang kerap dilakukan ketika melayani kunjungan pasukan lawan," katanya.


"Fernando mengalami kecederaan di bahagian paha dan sebab itu kami tidak mahu ambil risiko untuk turunkan dia beraksi menentang Kedah dan saya optimis dia bersedia untuk diturunkan berdepan Sabah pada aksi terakhir liga.


"Sama ada Fernando akan diturunkan atau sebaliknya, ia tidak membimbangkan kerana pemain gantian yang sedia ada seperti Akhyar (Rashid) dan Syafiq (Ahmad) mampu menggalas tugas untuk mengemudi barisan serangan dan kedua-dua pemain itu memiliki kualiti tersendiri," katanya.


No comments

Powered by Blogger.