Kami tidak boleh memberi ruang kepada Terengganu - Muslim Ahmad
Perlawanan Sri Pahang vs Terengganu pada 27 oktober nanti sudah pasti akan digunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan kemenangan dengan jumlah gol yang besar. Dengan pemansuhan gol tempat lawan sedikit sebanyak meningkatkan moral pemain dalam memburu gol dalam perlawanan itu.
Kami tidak boleh memberi ruang kepada Terengganu
Kapten pasukan Pahang, Muslim Ahmad berkata kelebihan bermain di halaman sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin agar tidak pulang dengan hampa dari Stadium Darul makmur.
"Bermain di halaman sendiri (Stadium Darul Makmur) akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencatat kemenangan sebagai bekalan selesa.
"Kami tidak boleh memberi ruang kepada Terengganu terutama melakukan sebarang kesilapan yang boleh mengecewakan pasukan.
"Sebenarnya, dua kekalahan kepada TFC dalam saingan Liga Super tidak boleh dijadikan ukuran kerana masing-masing kini berada pada prestasi terbaik.
"Bagi saya pasukan yang berada pada prestasi terbaik dan memanfaatkan segala peluang akan melangkah lebih jauh pada kempen Piala Malaysia," katanya.
Post a Comment