Kehilangan Syafiq Ahmad Punca Serangan Kedah Tumpul - Jurulatih Kedah
TERASA Kehilangan Syafiq Ahmad Punca Serangan Kedah Tumpul - Jurulatih Kedah. Itulah menjadi punca utama jentera serangan Kedah sangat bermasalah musim ini. Kedah juga tidak mendapatkn penyerang baru bagi menguatkan lagi pasukan mereka dan mengharapkan hanya kepada ronald ngah wanja sahaja.
Kehilangan Syafiq Ahmad Punca Serangan Kedah Tumpul - Jurulatih Kedah
Jurulatih Kedah, Aidil Shahrin berkata;
"Pertama kita kena lihat barisan disenaraikan dahulu, adakah kita memiliki barisan kesebelasan terbaik pada perlawanan ini? Apa yang saya boleh rancangkan apabila pada saat akhir Ronald Ngah tidak dapat beraksi.
"Kami menyenaraikan Ronald Ngah namun beliau berasakan tidak dapat beraksi dan ini memaksa kami melakukan perancangan tidak diduga untuk meletakkan Mahmoud Al-Mardi di posisi serangan sedangkan beliau bukan seorang penyerang utama selepas kehilangan Syafiq Ahmad kerana kita tiada pilihan terbaik untuk penyerang," katanya.
"Di samping tidak menyenaraikan penyerang terbaik, tidak mudah buat kami apabila beraksi menentang pasukan yang bagus dalam kelompok tiga terbaik dalam carta kerana kami juga kehilangan pemain pertahanan Marc Vales yang turut memberi kesan di benteng.
"Kami juga tidak tak ada pemain senior dalam pasukan yang boleh memimpin pasukan seperti musim lalu kami memiliki Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Renan Alves dan bila ketinggalan, kami masih mampu bangkit dengan keyakinan tetapi musim ini kita terlalu mudah dan semangat juang tidak cukup.
"Bagaimanapun pada musim ini Syazwan Zainon sedang berusaha dengan sebaik mungkin untuk mengembalikan kekuatan itu," katanya.
Post a Comment