Kekalahan itu jelas memberikan pengajaran buat saya - Penjaga Gol Negeri Sembilan
Selepas gagal membawa negeri sembilan ke pentas Asia, Penjaga gol negri sembilan Syihan Hazmi berkata kekalahan itu merupakan pengajaran buat dirinya dan akan terus mencuba serta tidak putus asa. Negeri sembilan tewas 0-2 kepada pasukan Pahang dalam perlawanan terakhir liga super 2022 yang menyaksikan mereka tidak layak ke pentas asia.
Kekalahan itu jelas memberikan pengajaran buat saya - Penjaga Gol Negeri Sembilan.
Syihan berkata; "Memang saya dan rakan-rakan telah cuba memberikan persembahan terbaik sepanjang tempoh permainan, namun rezeki tidak menyebelahi kami untuk menewaskan Sri Pahang dan mendapatkan tiga mata.
"Kekalahan itu jelas memberikan pengajaran buat saya dan mungkin kepada rakan-rakan dalam pasukan kerana peluang kami untuk melayakkan diri ke saingan Piala AFC 2023, terlepas.
"Apapun, keputusan itu tidak akan meluntur atau menjejaskan semangat serta komitmen kami, sebaliknya akan tetap fokus untuk membantu pasukan meraih pencapaian membanggakan musim ini," katanya
"Melalui format kalah mati ini, kami perlu mengekalkan persembahan terbaik sepanjang tempoh permainan dan memastikan kemenangan.
"Kami tidak boleh menganggap mudah reputasi lawan, malah rekod yang dicapai sebelum ini iaitu pada saingan Liga Super juga tidak boleh dijadikan ukuran kerana cabaran dalam Piala Malaysia ternyata berbeza," katanya.
"Kami perlu gandakan usaha dan memperbaiki segala kelemahan untuk membolehkan kami mampu melangkah jauh pada kempen Piala Malaysia musim ini," katanya.
Post a Comment