Paulo Josue, Romel Morales Bakal Di Naturalisasi
Program naturalisasi di peringkat kelab terus berjalan dan kini dua tonggak KL City menjadi tumpuan apabila mereka bakal menjadi pemain naturalisasi Malaysia yang baru. Dua pemain itu adalah Romel Morales dan juga Paulo Josue
Paulo Josue, Romel Morales Bakal Di Naturalisasi
Menurut laporan daripada New Straits Times, setiausaha agung KLFA, Nokman Mustafa menyatakan bahawa proses permohonanan akan selesai menjelang akhir tahun ini.
Difahamkan, pihak KLFA akan menyelesaikan proses permohanan ketua pasukan KL City, Paulo Jouse pada bulan Oktober ini dan kemudiannya akan disusuli Romel Morales dijangka bulan November depan.
“Bagi saya, Josue adalah pemain tengah terbaik di Malaysia. Tanpa dia, saya tidak fikir KL City boleh pergi jauh. Kerana dia kita berada di tempat kita hari ini,” kata Nokman dipetik daripada New Straits Times.
Paulo Jouse sertai KL City pada tahun 2017 dan telah membuat 24 penampilan, menjaringkan 11 gol serta 8 bantuan gol bersama City Boys pada musim ini.
Bagi Romel Morales pula, beliau sertai KL City pada tahun 2021 dan telah berkelana di Liga Malaysia sejak 2015. Beliau membuat penampilan sebanyak 21 perlawanan dan berjaya menjaringkan 6 gol serta 2 bantuan gol buat City Boys.
Duo pemain ini bakal membantu KL City sekali lagi mencipta sejarah apabila bakal beraksi di playoff Final AFC Cup Interzone pada Rabu ini.
Post a Comment