Penalti JDT beri Tekanan kepada Pemain Saya - Jurulatih Kedah
Jurulatih Kedah mendakwa pemainnya melakukan kesalahan yang sama ketika menentang JDT baru-baru ini sehingga menyebabkan pasukan itu dibolos dengan jumlah jaringan yang banyak. Aidil tampak kecewa apabila sepatutnya pasukannya bertahan dengan baik mengekalkan satu gol awal dalam perlawanan itu.
Penalti JDT beri Tekanan kepada Pemain Saya - Jurulatih Kedah
namun lain pula yang jadinya apabila, Kedah dibolosi dengan 4 gol di separuh masa kedua dan menyaksikan Kedah terpaksa pulang tanpa membawa sebarang mata dari stadium sultan Ibrahim, Johor baru-baru ini.
Aidil memberi komen mengenai perlawanan itu berkata;
"Pada aksi babak kedua, saya sudah memberitahu kepada pemain supaya berwaspada dengan kebangkitan JDT selepas kita mendahului mereka pada babak pertama tapi kesilapan yang sering kali dilakukan ditambah pula JDT meraih sepakan penalti nyata beri tekanan buat pemain saya," kata Aidil.
Kini kedudukan kedah ke piala afc sudah hampir tertutup selepas kekalahan keempat berturut-turut dalam liga dan sudah pasti saingan Piala Malaysia akan menjadi medan tebus kekecewaan mereka itu.
Post a Comment