Sabah Perlu 3 Mata Lawan JDT Untuk Slot AFC 2023
Sabah Perlu 3 Mata Lawan JDT Untuk Slot AFC 2023. Selepas berjaya menewaskan Sri Pahang semalam, pasukan Sabah melalui laluan yang getir apabila akan bertemu JDT di perlawanan akhir liga super pada sabu ini. Sabah perlukan 3 mata untuk memastikan tempat kedua menjadi milik mereka tetapi perlu bertemu JDT bukanlah satu perkara yang mudah.
Sabah Perlu 3 Mata Lawan JDT Untuk Slot AFC 2023
Jurulatih Sabah, Ong Kim Swee berkata;
"Bagi saya satu lagi cabaran dan perlawanan yang cukup sengit bakal dihadapi apabila berdepan JDT kerana ia penentu sama ada layak ke saingan Piala AFC.
"Pasukan yang berada di kedudukan kedua, ketiga dan keempat mempunyai peluang untuk merebut tempat ke Piala AFC.
"Saya percaya penentuannya akan berlaku pada perlawanan terakhir dan sudah pasti kita berdepan cabaran apabila berdepan JDT serta bermain di tempat lawan.
"Namun, jika kita dapat sebarang mata di Johor nanti ia amat berharga buat Sabah," kata bekas jurulatih Harimau Malaya.
"Saya akui pada awal permainan kita tidak melakukan banyak serangan terutama pada separuh masa pertama.
"Namun, menyedari kita perlu menang, pemain bangkit sebaik Sri Pahang menjaringkan gol pendahuluan.
"Sikap tidak berputus asa sebaik menjaringkan gol penyamaan dan disusuli gol kedua membantu mengutip tiga mata.
"Tidak mengaku kalah pada baki dua atau tiga minit berjaya memberikan kemenangan yang berharga," katanya.
Post a Comment