Sarawak United Akan Kemukan Rayuan
Sarawak United Akan Kemukan Rayuan. Selepas MFL mengumumkan mengenai dua pasukan yang tidak layak beraksi di liga super musim hadapan. Sarawak united salah satu daripadanya tampil ingin membuat rayuan bagi membolehkan mereka beraksi di dalam liga super musim hadapan.
Sarawak United Akan Kemukan Rayuan
Ditemubual oleh Harian Metro, Presiden Sarawak United Datuk Posa Majais berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan First Instance Body (FIB) bagi memastikan pasukannya tersenarai dalam saingan Liga Super musim depan.
"Kita akan kemukakan rayuan kerana kita sudah hampir untuk menyelesaikan perkara dan dokumen utama. Kita terlambat menghantar pada masa ditetapkan dan kita bukan berdepan masalah kewangan.
"Kita sudah selesaikan beberapa perkara penting seperti laporan audit, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Jadi kita harap rayuan ini diterima kerana masalah kami tidak sebesar seperti pasukan lain.
"Mengenai isu tidak boleh menandatangani pemain baharu, kami tidak berapa kisah kerana kami boleh kekalkan pemain yang sedia ada, asalkan kami dapat terus bermain," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Post a Comment