Selalu Kena Usik Dengan Kak Lina Pom pom, Fuad kata ..
Selalu Kena Usik Dengan Kak Lina Pom pom, Fuad kata .. Bila turn fuad saja mesti kak lina akan cuba mengusik fuad kan. hehe bila ditanya selepas persembahan rupanya Fuad kata dia profesional dan kak lina juga profesional jadi tak ada masalah di situ. Pada masa yang sama fuad juga tahu yang kak lina buat macam itu sebab tugasnya sebagai pengacara.
Selalu Kena Usik Dengan Kak Lina Pom pom, Fuad kata ..
“Saya selesa, profesional, dia pun profesional. Inilah dunia hiburan. Bila dia jadi begitu, saya faham.
“Antara saya dan dia, ada content yang buatkan orang tertunggu-tunggu. Orang nak tengok saya layan Kak Lina ke tak.
“Kami jumpa beberapa kali, dia pun ada cakap Fuad jangan marah tau. Saya faham, ini kerja dia. Itu memang karakter dia, this is entertainment. Tapi ada netizen yang tak tahu,” ujarnya ketika ditemubual.
“Macam minggu lepas Tok Ram cakap saya air mata buaya, itu hanya lingo, saya dengan kawan-kawan pun memang cakap macam tu. Cara dia cakap tu macam pengajaran.
“Minggu ni, saya dah tak kaku lagi, saya tunjuk, lepaskan. Baguslah kalau tak, macam tu je.
“Bila Tok Ram tegur, alhamdulillah saya bersyukur kerana Tok Ram tu kawan arwah bapa saya. Mereka bermain muzik sama-sama dulu.
“Apa yang dia cakap dalam pertandingan ni, saya dengar. Dia marah ke, saya terima sebab itu benda yang betul.
“Untuk saya sendiri, saya tak berkecil hati. Ini memang pasal kerja, netizen kadang tak tahu. Bila saya senyum tu tandanya saya yakin,” tambahnya lagi.
Post a Comment