Walaupun Kalah, Tapi Saya Puas Hati - Jurulatih Kedah
Walaupun Kalah, Tapi Saya Puas Hati - Jurulatih Kedah. Selepas di bolosi dengan banyak gol pada separuh masa kedua, Kedah berjaya bangkit untuk merapatkan gol walaupun tidak memenangi perlawanan. Jurulatih Kedah, Aidil Sharin berkata beliau berpuas hati dengan komitmen pemain sepanjang 90 minit perlawanan.
Walaupun Kalah, Tapi Saya Puas Hati - Jurulatih Kedah
"Biarpun pada sebahagian separuh masa kedua kita ketinggalan 1-4, tapi pemain saya tidak berputus asa dan berjaya merapatkan jurang menerusi dua gol pada penghujung babak.
"Kesungguhan mereka wajar dipuji, apapun saya puas hati dengan komitmen diberikan pemain sepanjang tempoh perlawanan malam ini apabila pemain dilihat tidak berputus untuk mendapatkan gol.
"Kita hampir mencatatkan keputusan yang positif," katanya selepas perlawanan malam tadi.
"Kita akan perbaiki apa juga kelemahan dalam pasukan sebagai persiapan menghadapi baki dua perlawanan sebelum mengakhiri tirai saingan musim ini," katanya.
Post a Comment