Header Ads

Shila Amzah Kecewa Kerana ...

Pemenang Tempat ketiga GV9, Shila Amzah mengatakan dia kecewa dengan dirinya sendiri kerana dia tidak dapat membuat persembahan terbaik di dalam pentas final semalam.

Shila mengesahkan yang dia mengalami masalah suara dan menanggungnya sejak hari rabu yang lalu. Pada awalnya dia sudah pulih tetapi keadaan kesihatannya menjadi teruk pada hari konsert final.

Penyanyi tersebut berkata; 

“Sebenarnya daripada hari Rabu, telinga saya dah pekak sebelah sebab ada bengkak, dan berlaku infection.


Shila Amzah Kecewa Kerana ...


“Hari Jumaat masa sound check pertama memang dah tak ok, tapi alhamdulillah, waktu Semi Final Muzik-Muzik 37 suara saya sudah baik tapi saya tak tahu kenapa tiba-tiba macam rasa tak selesa semula.


“Ahad pagi saya dah hilang suara saya, tapi saya tak mampu buat apa. Perlu teruskan juga.


“Sudah pasti saya rasa kecewa, namun rasa kecewa itu lebih kepada tidak dapat buat yang terbaik sahaja, buat kecewa dengan keputusan,” kongsinya.


“Sebabnya untuk pusingan solo saya memang dah rancang untuk kedua-dua lagu tersebut saya dapat lakukan dalam keadaan suara saya yang sihat.


“Walaupun saya dapat semua props yang saya minta untuk final ini, tapi tentu lah daripada segi vokal saya yakin boleh buat lebih baik. Apa-apa pun berbalik kepada rezeki yang Allah tetapkan.


“Secara jujur, saya tak rasa suara hilang ini disebabkan terlalu banyak menyanyi atau latihan.


“Sebab semenjak saya mahu GV saya memang akan berlatih menyanyi setiap hari. Selain itu saya juga workout dan main badminton, itu adalah sebahagian daripada rutin harian saya,” tambahnya.


No comments

Powered by Blogger.