Harimau Malaya Makin Serasi menjelang AFF 2022
Harimau Malaya Makin Serasi menjelang AFF 2022. Itulah yang boleh dirumusakan daripada dua aksi antarabangsa yang dilangsungkan baru-baru ini. Skuad negara memilih lawan kemboja dan juga Maldives sebagai lawan mereka bagi membuat persiapan menjelang pertemuan piala aff 2022.
Harimau Malaya Makin Serasi menjelang AFF 2022
Semalam, skuad kim pan gon berjaya mengalahkan pasukan Maldives dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium bola sepak Kuala Lumpur.
Dalam perlawanan itu juga kita saksikan, gol pasukan negara di jaringkan oleh Darren Lok, Faisal Halim dan juga Lee Tuck.
Sebelum itu, pasukan negara membelasah pasukan kemboja dengan jaringan 4-0 dan gol dijaringkan oleh Faisal Halim dua gol, Lee Tuck dan juga stuart wilkin.
perbezaan yang ketara dalam perlawanan menentang maldives adalah keserasian antara pemain yang ditonjolkan berbanding pada aksi pertama menentang kemboja.
Kita juga harap berbaki seminggu lagi sebelum perlawanan pertama menentang myanmar di yangon nanti, pasukan negara dapat memastikan keserasian mereka dipertingkatkan dan seterusnya mampu mencabar kejuaran AFF 2022 nanti.
Post a Comment