Malaysia Perlu Pesta Gol Menentang Laos - Kim Pan Gon
AFF 2022, Menjelang pertemuan di antara Malaysia dan Laos malam ini, jurulatih Harimau malaya kim pan gon berkata pasukan negara perlu menjaringkan banyak gol agar dapat mengejar defisit atau perbezaan gol dengan Vietnam. Pasukan anak buat park han seo itu telah mengumpul 6 gol setakat ini dan Malaysia baru sahaja mendapat satu gol dari perlawanan menentang Myanmar baru-baru ini.
Malaysia Perlu Pesta Gol Menentang Laos - Kim Pan Gon
Jurulatih asal dari korea selatan itu berkata; "Sasaran kami sudah tentu adalah untuk memenangi perlawanan ini. Jika kami mahu menamatkan saingan kumpulan di kedudukan teratas, kami perlu mengejar perbezaan gol yang mana Vietnam sudah dapat enam jaringan manakala kami satu.
"Bagaimanapun kami tetap menghormati Laos. Selepas mengalami kekalahan besar, sudah tentu mereka akan bangkit dengan kuat dan tidak mahu kalah lagi.
"Jadi kami tidak boleh turun perlawanan ini dengan sambil lewa. Kami perlu lebih fokus dan mepamerkan aksi yang terbaik kerana saya meramalkan perlawanan ini akan sengit," katanya pada sidang media pra perlawanan menentang Laos, hari ini.
"Kesemua pemain yang cedera sudah dihantar ke hospital pagi ini untuk menjalani pemeriksaan berkenaan kecederaan yang dialami mereka.
"Setakat ini tiada apa-apa perkembangan yang saya boleh bagi namun saya harap semuanya akan okay," ujarnya.
Post a Comment