Header Ads

Piala AFF PENGACAU - TMJ

Piala AFF PENGACAU - TMJ. Itulah respond pemilik kelab bola sepak JDT selepas 14 pemain kelab tidak mahu menyertai kejohanan terbesar di Asia Tenggara itu. Piala berprestij itu juga akan berlangsung pada hujung bulan 12 ini selepas world cup 2022.


Piala AFF PENGACAU - TMJ


Piala AFF PENGACAU - TMJ

Mengulas mengenai respon kim pan gon yang terkejut apabila ada pemain yang menolak panggilannya kali ini, TMJ tampiil mempertahankan pemain yang menolak itu yang majoritinya adalah pemain JDT.

TMJ berkata; "Pemain tidak menolak (panggilan skuad negara) buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan.


"Kita boleh tengok dengan persembahan pemain dalam pasukan kebangsaan apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar Fifa (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa). Tetapi, pemain juga adalah manusia yang bekerja, berlatih, main semenjak bulan Januari.


"Manusia mana kerja tanpa cuti? Apabila liga atau pertandingan kita rehat, pemain kebangsaan tiada rehat kerana mereka ada latihan pusat selama tiga minggu," katanya di laman sosial miliknya.


"Kita adalah satu-satunya negara yang latihan pusat paling lama. Negara jiran semua dah ikut konsep Eropah di mana latihan pusat hanya seminggu sebelum perlawanan.


"Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan. Piala AFF habis 15 Januari, bila nak dapat cuti? Satu tahun main bola dan berlatih tanpa henti, cuti hanya 6 hari dalam satu tahun? Pemain bukan mesin," katanya.


No comments

Powered by Blogger.