Header Ads

Ramai anggap Lee Tuck Sudah Tua, Ini respon tuan punya badan

Pemain baru Harimau Malaya, Lee Tuck berjaya menunjukkan prestasi yang baik ketika dua aksi persahabatan antarabangsa baru-baru ini sekali gus memberi harapan kepada peminat bola sepak negara. 

Walau bagaimana pun, Tuck juga tidak terlepas dari komentar sinis dari netizen yang menganggap dirinya sudah tua.

Ramai anggap Lee Tuck Sudah Tua, Ini respon tuan punya badan


Lee tuck kini sudah berusia 34 tahun berkata;

"Usia hanyalah sekadar angka dan saya sentiasa menjaga diri di dalam dan juga di luar padang. Saya rasa muda sama seperti pemain lain yang turut berada dalam pasukan.

"Tetapi saya perlu bekerja lebih keras bagi mengekalkan kecergasan dan mentaliti juga seperti pemain muda," katanya 

Sudah pasti namanya akan masuk dalam kesebelasan utama pasukan negara selepas perubahan yang dilakukannya ketika aksi persahabatan menentang kemboja dan juga Maldives.

Malaysia akan memulakan kempen AFF 2022 menenang Myanmar pada 21 Disember 2022 ini.

No comments

Powered by Blogger.