Ini Azam Jaclyn Victor Untuk Tahun 2023
Bagi tahun 2023 yang baru sahaja masuk ini, pasti setiap dari kita mempunyai azam tersendiri dan mahu merealisasikan azam tersebut. Begitu juga dengan Jaclyn victor. Juara gegar vaganza ini mempunyai impian tersndiri untuk tahun 2023. Disamping itu juga Jaclyn berjaya merealisasikan impian tahun 2021 nya di dalam tahun 2022.
Ini Azam Jaclyn Victor Untuk Tahun 2023
JACLYN berkata kepada gempak ; “Tahun lepas, saya berazam untuk berhenti minum kopi. Bukan atas sebab nasihat doktor tapi memang saya nak berhenti. Mungkin terlalu banyak minum kot.
“Masa 31 Disember 2021 lalu, saya terus cakap nak berhenti dan akhirnya berjaya. Awal-awal susah tapi selepas beberapa ketika saya berjaya berhenti minum kopi sampai sekarang,” katanya kepada Gempak.
“Azam tahun baharu masih belum difikirkan lagi. Sebab selalunya azam tahun baharu datang hujung-hujung bulan.
“Tapi, saya rasa saya mahu jalani hidup yang lebih sihat, kerap bersenam di samping menghabiskan lebih masa dengan anak-anak,” katanya.
“Saya impikan sebuah persembahan ala konsert, tetapi dengan audiens yang kecil. Lebih intimate,” katanya.
Post a Comment