Assalamualaikum, perbezaan antara waktu mula berpuasa dengan waktu imsak adalah dua perkara yang berbeza. ramai juga yang keliru waktu bila boleh mula berpuasa?
" Ustaz, waktu IMSAK Boleh Makan Tak? "
Jawapan mudah adalah BOLEH. Ini kerana waktu puasa itu bermula ketika azan waktu subuh. Waktu Imsak dikira masih belum masuk waktu subuh.
Mengikut fatwa mufti wilayah persekutuan, waktu imsak adalah 10 minit sebelum masuk waktu subuh.
* Asasnya waktu imsak sebagai waktu untuk ihtiyat ( Berhati-hati) agar idak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan yang mana boleh membatalkan puasa seseorang itu.
Kata Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
" Waktu Imsak Bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa"
baca juga : Hukum Pakai Eye Mo Ketika Puasa.
Post a Comment