Sumpahan Syaitan mengisahkan tentang Sam yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM yang dikendalikan oleh Ray. Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang tidak teragak-agak membunuh iaitu Branco.
Filem arahan Roy Krishna ini dibintangi pelakon hebat seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil dan Senario.
Sinopsis Sumpahan Syaitan
Sumpahan Syaitan mengisahkan tentang Sam yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM yang dikendalikan oleh Ray. Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang tidak teragak-agak membunuh iaitu Branco.
Malik tidak bersetuju dengan cadangan itu, namun Sam tetap dengan pendiriannya untuk meminjam wang tu dan percaya bisnes yang dibuat akan memberi pulangan yang lumayan.
Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM dan Ray telah menghilangkan diri, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam dan keluarganya pergi ke hotel lama yang baru dibelinya dari seorang pengurus (Pak ya Sepahtu) untuk menyembunyikan diri dari dikesan Branco.
Sam bersama isteri (Nynaa Harizal) dan anaknya, Angel (Lala), telah disambut baik oleh pekerja hotel. Namun setelah Sam mengelolakan hotel tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu.
Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya?Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya?
Info & Pelakon.
Filem ini ditayangkan pada 2 Mac 2023 yang lalu di pawagam. Durasi sumpahan syaitan adalah 2 jam dan bergenre seram komedi. berikut merupakan Barisan Pelakon Filem ini yang terdiri daripada
1.Dato’ Ac Mizal
2.Dato’ Jalaludin Hassan
3.Farid Kamil
4.Nynaa Harizal
5.Saiful Apek
6.Azlee Senario
7.Pak Ya Sepahtu
8.Yassin Senario
9.Epy Kodiang
10.Syaiful Zero
11.Amai Kamaruddin
12.Arin Rajalawak
13.Adam Shahz
14.Azlan Komeng
15.Kenji Sawahii
16.Lala (Watak Kanak2 Anak Sam)
17.Cracky Don
Review Filem Sumpahan Syaitan
aku sempat kumpul beberapa review dari penonton yang telah menonton sumpahan syaitan ini. Mereka berkata banyak perubahan karakter trutamanya pada pelakon dato ac mizal yang sebelum ini sinonim dengan lawak jenaka dan dia membawa watak serius pula kali ini.
Ada juga yang mengatakan CGI filem ini agak kurang sikit dan boleh diperbaiki tapi overall cerita dia memang best dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Post a Comment